Kucing Dekat Amerika Syarikat Dah Mula Dijangkiti COVID-19

kucing dekat amerika syarikat dah mula dijangkiti covid-19

Amerika Syarikat antara negara paling teruk diserang wabak COVID-19. Sehingga hari ini, 890 ribu rakyat Amerika Syarikat telah pun disahkan positif pandemik tersebut.

Bukan setakat manusia, kucing di sana pun sudah mula diserang akan wabak itu. Menurut satu laporan, dua kucing di New Yrok telah menjadi haiwan peliharaan pertama yang disahkan positif COVID-19.

Kedua-dua kucing itu berada di tempat yang berbeza. Permulannya mereka mengalami simptom penyakit pernafasan. Bagaimanapun, selepas melakukan pemeriksaan lebih lanjut, doktor telah mengesahkan bahawa haiwan tersebut telah diserang virus korona.

Pihak kesihatan mengesayki  bahawa kedua-dua haiwan itu memperoleh virus tersebut daripada tuan atau individu di sekeliling mereka. Walaubagaimanapun, haiwan-haiwan itu mempunyai peluang yang besar untuk sembuh daripada penyakit maut ini.

Sumber: TIME