Kuala Lumpur menduduki tangga ke-6 dalam 36 bandar yang mempunyai paling ramai penduduk di dunia yang mengalami masalah kesesakan lalu lintas.
Kajian tersebut dilakukan oleh Hiyacar yang menilai setiap satu bandar di dunia yang mengambil pertimbangan termasuk jumlah kereta per kapita, jumlah kenderaan di bandar, kesesakan lalu lintas, kualiti jalan raya, pilihan pengangkutan awam, jumlah lalu lintas kemalangan setiap tahun dan kepadatan bandar.
Dalam senarai tersebut, bandar-bandar dari negara seberang seperti Jakarta menduduki tempat ke-3 sementara Bangkok dan Manila pula masing-masing berada di tangga ke-13 dan ke-17.
Bagaimanapun, ia tidaklah begitu mengejutkan kesemua bandar ini berada dalam tangga 20 teratas, mengenangkan kesesakan lalu lintas yang sering terjadi di tempat-tempat ini serta faktor kepadatan penggunaan kereta.
Sumber: [1]