Korea Selatan Perluas Dos Penggalak Kedua Dalam Usaha Kekang Lonjakan Kes Omicron

Kementerian Kesihatan Korea Selatan mengumumkan bahawa ia akan memperluas suntikan penggalak vaksin COVID-19 kedua kepada individu berusia 60 tahun dan ke atas bagi memerangi varian Omicron, lapor Reuters.

korea selatan perluas dos penggalak kedua dalam usaha kekang lonjakan kes omicron

“Kerajaan bercadang untuk memperluaskan pusingan keempat vaksinasi kepada mereka yang berumur 60 tahun ke atas,” kata Menteri Kesihatan, Kwon Deok Cheol.

Menurut beliau, kadar jangkitan dalam kumpulan umur tersebut semakin meningkat sehingga melebihi 20 peratus.

Terdahulu, negara terbabit telah pun memulakan suntikan penggalak kedua namun terhadap kumpulan berisiko tinggi susulan lonjakan jangkitan Omicron yang mencecah paras tertinggi dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Setakat tengah malam Selasa lalu, Korea Selatan merekodkan 195,419 kes baru, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 15,830,644 jangkitan dan 20,034 kematian.


Sumber: [1]