Korang Tak Akan Dapat Makanan Yang Diorder Kalau Dekat Restaurant Ni

korang tak akan dapat makanan yang diorder kalau dekat restaurant ni

Apa perasaan korang kalau tengah lapar, then nak pergi makan, kemudian order. Tapi, tiba-tiba makanan yang sampai tu bukan makanan yang korang nak? Perghhh! Menyirap weh.

Tapi, dekat Jepun ada sebuah restoran yang memang sengaja dibina sedemikian. Dikenali sebagai Restaurant of Mistaken Order, konsep restoran ini ialah korang tak dijamin akan dapat makanan yang korang tempah.

Mesti korang tertanya-tanya kan, kenapa macam tu?

Sebenarnya, restoran ni menggaji mereka yang mempunyai masalah Dementia- ( symptom berkaitan masalah ingatan yang selalunya dialami oleh orang tua, tapi orang muda pun boleh alami sebenarnya).

Restoran ini ditubuhakn bagi memberi kesedaran kepada mereka akan symptom ini. Bukan itu sahaja, dengan cara ini ia dapat membuka mata masyarakat bahawa orang-orang sebegini boleh sama je macam orang lain Cuma mereka ada keistimewaan tersendiri. Jadi, janganlah korang discriminate orang-orang yang ada keistimewaan macam ni.

Nak tahu lebih lanjut, korang boleh tengok website diorang di http://www.mistakenorders.com. Mana tahu nanti kalau korang ke Jepun, boleh lah korang ke sana.