Korang Susah Nak Tidur? Cuba Tambah Elemen Kehijauan Dalam Bilik Macam Ni

korang susah nak tidur? cuba tambah elemen kehijauan dalam bilik macam ni

Tidur yang lena adalah sangat penting untuk kesihatan tubuh badan dan minda yang cergas. Namun ada diantara kita yang sukar untuk tidur lena ataupun ‘deep sleep’. Salah satu tips untuk mendapatkan tidur yang lena adalah meletakan pokok di dalam bilik.

 

Ada beberapa pokok yang membantu membersihkan udara dan mengurangkan habuk. Ia bertindak sebagai agen ‘relaxing’. Ini adalah antara pokok yang dapat membantu untuk tidur lebih lena.

 

Areca Palm

korang susah nak tidur? cuba tambah elemen kehijauan dalam bilik macam ni

  • Membantu membersihkan udara dalam bilik dan meningkatkan kelembapan udara. Ia sangat bagus untuk sesiapa yang ada selsema, bersin dan sinus.

 

Aloe Vera

korang susah nak tidur? cuba tambah elemen kehijauan dalam bilik macam ni

  • Aloe vera merupakan pokok yang sangat mudah untuk dijaga dan menurut kajian, Aloe vera adalah antara pokok yang banyak membebaskan oksigen pada waktu malam. Oksigen yang tinggi dapat membuatkan tidur lebih lena.

 

Snake Plant

korang susah nak tidur? cuba tambah elemen kehijauan dalam bilik macam ni

  • Pokok ini sangat popular kerana mudah untuk dijaga dan kebaikan yang diberi kepada manusia. Pokok ini mampu menyingkirkan karbon dioksida dan menapis toksin yang beracun seperti formaldehyde, trichloroethylene dan benzene.

 

Peace Lily

korang susah nak tidur? cuba tambah elemen kehijauan dalam bilik macam ni

  • Pokok ini bukan saja membersihkan udara tetapi ia menyingkirkan toksin dan tingkatkan kelembapan udara. Ia sangat bagus untuk sesiapa yang mempunyai sinus, bersin, selsema dan sukar untuk bernafas.

 

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: mingguanwanita