Sekiranya anda mengalami masalah untuk tidur nyenyak di waktu malam, barangkali anda boleh mencuba satu cara yang dikenali sebagai kaedah 10-3-2-1.
Menerusi satu video di TikTok yang dimuat naik oleh Dr Karan Raj, @/dr.karanr yang dikenali ramai menerusi pelbagai perkongsian nasihat yang berkaitan kesihatan, beliau menyentuh topik yang sering dialami ramai, iaitu masalah tidur nyenyak.
Menurut Dr Karan Raj, terjaga di waktu malam dan tidak dapat tidur itu adalah masalah biasa.
Tetapi, kongsinya langkah, orang ramai boleh mengatasi masalah tersebut dengan mengikuti kaedah 10-3-2-1 yang disyorkannya.
“Inilah cara tidur yang lebih baik dengan tip 10-3-2-1. Sepuluh jam sebelum tidur, tidak ada lagi kafein. Inilah masa yang diperlukan tubuh anda untuk membersihkannya dari aliran darah dan menghilangkan kesan merangsangnya.
“Tiga jam sebelum tidur, elakkan makan besar, ini membantu mengelakkan pedih ulu hati dan tidur terganggu. Juga elakkan alkolhol, kerana ia mengganggu tidur REM anda.
“Dua jam sebelum tidur, tiada kerja. Ini membantu anda untuk mendapatkan fikiran yang santai.
“Satu jam sebelum tidur, tidak ada waktu tayangan. Cahaya biru menyekat pengeluaran melatonin yang menunda tidur,” jelasnya.
Buat mereka yang mengalami masalah sukar tidur di waktu malam, mungkin boleh cuba cari ni! Mana tahu kalau-kalau berkesan kan?
Sumber: [1]