Sekarang ni trend tanam pokok di dalam rumah sekarang semakin meningkat semenjak PKP tempoh hari. Rakyat Malaysia mengambil peluang untuk cuba benda baru iaitu bercucuk tanam. Namun masih ramai yang tidak berjaya menjaga tanaman dengan baik, asyik mati je. Baru beli pokok baru dah mati.
Jangan risau, boleh cuba tips ini.
- Jenis tanaman
Perkara yang paling penting adalah mengenal pasti jenis tanaman sebelum membeli, kerana sesetengah pokok tak boleh terdedah kepada cahaya matahari, tidak boleh siram dengan air yang banyak contohnya macam indoor plants’.
- Tempat sesuai untuk tanaman
Kalau korang nak tahu, cahaya matahari waktu pagi sangat baik untuk tumbuh-tumbuhan. Kenal pasti jenis tanaman, kerana ada yang jenis yang tak boleh terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama.
- Penyiraman air
Kekerapan siram pokok bergantung kepada jenis pokok itu. Fyi tanaman di darat tak boleh tahan dengan takungan air yang banyak. Kalau air terlalu banyak boleh membuatkan tanaman itu lemas.
- Baja
Untuk tanaman yang ditanam di dalam pasu dan di tanah yang luas, pembajaannya adalah berbeza kerana tanaman di tanah yang luas membolehkan akar pokok menjalar untuk mendapatan nutrien. Tanaman di dalam pasu harus diletakkan baja yang mencukupi untuk memastikan ia membesar dengan sihat. Baja seperti kompos dan tahi ayam sangat baik untuk tanaman. Tapi kena ingat baja tak boleh letak hari hari.
- Jenis tanah
Tanah ada bermacam macam jenis, contohnya tanah campur dan tanah bakar (kompos). Kalau tanaman dalam pasu lebih sesuai dengan tanah kompos kerana ianya lebih ringan. Dikatakan campuran kompos atas tanah sangat elok.
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: thelaki