Korang Ada Masalah Bibir Kusam? Ini Yang Korang Boleh Buat

korang ada masalah bibir kusam? ini yang korang boleh buat

Bibir yang lebam, gelap dan kusam membuatkan seseorang nampak tak bermaya, sakit dan tak fresh. Tidak dinafikan bibir antara penarik utama pada wajah seseorang. Warna bibir memainkan peranan yang penting kerana ia menggambarkan keadaan anda. Bagi seseorang yang tidak sihat mereka mempunyai warna bibir yang very pale’ dan tidak fresh dan perokok pula akan mengalami bibir yang gelap dan hitam.

Jangan risau kalau korang mempunyai masalah bibir yang kusam, cuba tips ini!

  1. Gunakan jus lemon bersama madu setiap malam sebelum tidur. Gosokkan jus lemon pada bibir dan kemudina cuci dengan air bersih. Cara ini sangat berkesan dan boleh mencerahkan bibir anda.
  2. Buah delima boleh mengembalikan warna asal bibir. Hancurkan buah delima dan campurkan dengan susu dan gosokkan pada bahagian bibir selamat dua minit.
  3. Gosokkan sekeping ubi kentang pada bibir sebelum tidur. Kemudian cuci dengan air suam sebaik saja bangun daripada tidur. Dikatakan ubi kentang mempunyai kalekolase iaitu enzim yang boleh mengurangkan bahagian gelap pada kulit dan parut.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: mstar