Sekarang ni SOP kuarantin untuk kontrak rapat kes COVID-19 dah berubah tau (Bermula 1 Mac 2022) . Antaranya kontak rapat yang dah terima dos penggalak vaksin dan tak bergejala tak perlu dah kuarantin. Eh…! Ha…eh! Tapi ada syaratlah. Ni dia:
-
Perlu jalani ujian kendiri pada hari pertama dan ke-3 dari tarikh akhir terdedah dengan kes positif
-
Kalau keputusannya negatif ha bolehlah melakukan urusan seperti biasa
-
Yang positif macam mana pulak? Ha kenalah berfikiran posiif supaya cepat sihat dan jangan lupa lapor kat dalam MySejahtera dan jalanilah kuarantin dengan tabah
Boleh faham kan stepnya? Ni pulak untuk yang dah lengkap dos vaksin tapi belum terima dos penggalak, ha korang kekal kena kuarantin selama 5 hari…jugak jalanilah dengan tabah dan sabar.
-
-
Nak lagi lengkap boleh godek MySejahtera atau pi Facebook KKM nun. Ha gituh. Ada tanya kenapa ini berlaku? Oh KKM dahpun jelaskan…ni antara langkah kerajaan menuju ke fasa endemik COVID-19. Nak tak nak, sudi tak sudi kita kena terima COVID ni dah bermasyarakat dengan kita ☹. Oh ya 1 lagi. Kalau yang positif tu janganlah ngelat. Janganlah ke hulu ke hilir macam takde apa. Walaupun dah vaksin ingatlah ada yang mungkin tak sekuat kita melawan virus jahat ni.
Oleh: KJ
Sumber & foto : KKM, BERNAMA, AWANI, Sinar Harian & internet