Kontak Rapat Dengan Individu Positif COVID-19, Song Joong Ki Kini Kuarantin Kendiri

Selebriti popular Korea, Song Joong Ki kini sedang menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan menjadi kontak rapat kepada salah seorang individu yang disahkan positif COVID-19.

kontak rapat dengan individu positif covid-19, song joong ki kini kuarantin kendiri

Menurut agensi yang mewakili pelakon itu menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, individu terbabit didapati positif COVID-19 pada 30 Jun lalu.

Lanjut mereka lagi, Song yang telah melakukan ujian saringan bagaimanapun didapati negatif.

Namun dia tetap diperlukan menjalani proses kuarantin kendiri di kediamannya kerana merupakan kontak negatif.

“Ujian saringan yang dilakukan ke atas semua kontak rapat individu berkenaan turut menunjukkan keputusan negatif.

“Oleh kerana Song Joong Ki didapati kontak rapat kepada kes positif, dia perlu menjalani kuarantin kendiri dan jadualnya akan disusun semula.”

Dalam perkembangan lain, Song kini sedang aktif menjalani penggambaran untuk filem terbarunya, Bogota.

Tetapi, ia terpaksa ditangguh tahun lalu akibat pandemik COVID-19 yang menular.

Filem Bogota mengisahkan mengenai seorang remaja bernama Guk Hee (lakonan Song) yang berhijrah ke ibu kota Colombia semata-mata ingin mencuba nasib dalam dunia perniagaan.

Ia pertama kali dirakam di Colombia pada awal tahun 2020.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, kesemua pelakon dan kru filem tersebut terpaksa kembali ke Korea Selatan berikutan situasi pandemik.

Setakat ini, hanya 40% daripada filem tersebut yang telah selesai menjalani penggambaran sementara yang selebihnya dijadualkan untuk dilakonkan di Korea Selatan.

Turut membintangi filem tersebut termasuklah Lee Hee Joon dan Kwon Hae Hyo.

 

Sumber: [1]