“Kita bimbang kalau kes meningkat secara mendadak”- Tan Sr Dr Noor Hisham Abdullah

“kita bimbang kalau kes meningkat secara mendadak”- tan sr dr noor hisham abdullah

8 Oktober yang lepas, Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sr Dr Noor Hisham Abdullah telah menghantar satu tweet di mana menyatakan bahawa Malaysia telah memasuki gelombang ketiga COVID-19.

 

 

Ketika ditemubual bersama SYOK untuk SYOK Unsung Hero, Tan Sri Dr Noor Hisham telah menyatakan kebimbangannya akan kebolehan kes COVID-19 meningkat secara mendadak.

Dalam video berdurasi 10 minit itu juga, beliau menyatakan kebimbangannya apabila negara-negara di hemisfera utara telah memasuki fasa musim sejuk. Berdasarkan pada tahun lepas iaitu pada bulan 10,11 dan 12 terdapat peningkatan kes yang berlaku di Wuhan.

Jadi, kepada anda semua jaga kesihatan dan kebersihan semaksimum mungkin. Gunakan pelitup separuh muka setiap masa, basuh tangan sebersih-bersihnya dan jangan berada di tempat awam sekiranya tidak mempunyai sebarang urusan.