Kisah Unik Disebalik 5 Masjid Terkenal Di Seluruh Dunia

Masjid antara tempat suci untuk orang Islam beribadat. Bagaimanapun, terdapat masjid yang mempunyai cerita dan kisah yang menarik. Jadi, sebab tu lah ramai yang melihat masjid ni sebagai elemen paling penting dekat sesebuah tempat.  

Jadi, kalau korang berkesempatan ini 5 masjid yang korang perlu pergi kerana selain daripada seni binanya yang unik dan cantik kisah tnetangnya juga menarik:

1. Masjid Sheikh Lotfollah, Esfahan, Iran

kisah unik disebalik 5 masjid terkenal di seluruh dunia

Masjid ini dikenali sebagai masjid wanita kerana terdapat sebuah terowong khas yang digunakan oleh wanita sahaja. Terowong tersebut menghubungkan masjid dengan istana Ali Ghapu.

2. Masjid Shah Faisal, Pakistan

kisah unik disebalik 5 masjid terkenal di seluruh dunia

Masjid ini siap dibina pada tahun 1986 dan merupakan masjid yang terbesar di Pakistan dan juga Asia Selatan. Sebelum ni masjid ni pernah memegang title sebagai masjid yang terbesar di dunia dari tahun 1986 hingga 1993.

3. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien, Brunei

kisah unik disebalik 5 masjid terkenal di seluruh dunia

Masjid ni terletak di Bandar Sri Begawan. Masjid ni dikenali sebagai salah satu masjid tercantik di Asia Tenggara. Dekat Brunei, tak ada bangunan yang boleh lebih tinggi daripada masjid ni. Sebab tu lah bangunan dekat Brunei rendah-rendah je.

 

4. Masjid Jama, Fatehpur Sikri, Agra, India

kisah unik disebalik 5 masjid terkenal di seluruh dunia

Masjid ini sangat unik kerana dibina oleh Shah Jahan pada kurun ke 16. Masjid ni telah diwartakan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia. Seni bina masjid ni menterjemahkan seni Islam di India di mana ia menggabungkan seni Parsi dan India.

5. Masjid Xi’an, Xi’an, China

kisah unik disebalik 5 masjid terkenal di seluruh dunia

Masjid ni merupakan yang paling tua dan besar di China. Masjid Xi An telah dibina pada tahun 700 selepas masihi ketika Dinasti Ming. Menurut kepercayaan, Masjid Xi An juga dikenali sebagai Great Mosque kerana ia diasakan oleh anak kepada keluarga berprestij Islam yang terkenal kerana telah menghapuskan lanun di Laut China.

Sumber: havehalalwilltravel.com