Kisah Tentera Malaysia Di Somalia Yang Tersimpan Kemas 27 Tahun Kini Dibukukan

rahsia tentera malaysia di somalia yang tersimpan kemas 27 tahun kini dibukukan

Baru-baru ini bertempat di Dewan Zainal, Sungai Petani Kem Lapangan Terbang, Tentera Darat Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka baru sahaja mengadakan Majlis Pelancaran Buku Somalia Belang Harimau Besi yang dirasmikan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain.

Somalia Belang Harimau Besi merupakan hasil karya YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Mohd Halim Khalid PGB dan juga gambaran kisah peribadinya ketika ditugaskan di Somalia.

kisah tentera malaysia di somalia yang tersimpan kemas 27 tahun kini dibukukan

Dalam buku tersebut, YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Mohd Halim Khalid PGB berkongsi kisah beliau bersama rakan-rakan seperjuangannya, iaitu pasukan MALBATT1 berperang menjayakan misi pertahanan di negara tersebut.

Sekadar perkongsian, ini bukan kali pertama golongan penulis yang terdiri daripada perwira negara mengambil langkah untuk bergiat aktif dalam bidang penulisan.

Malah, sebelum ini juga, terdapat beberapa karya tulisan yang pernah dihasilkan oleh barisan perwira negara dan antaranya termasuklah Platun Harimau dalam Misi II Hingga Ke Lubang Cacing dan Serang Hendap di Ulu Legong yang ditulis Leftenan Kolonel Mohd Radzi Abdul.

Namun, menarik untuk diberi perhatian pada Somalia Belang Harimau Besi ini adalah isinya yang menceritakan mengenai kebenaran berkaitan pasukan tentera Malaysia yang berjuang habis-habisan demi menyelamatkan rakan seperjuangan mereka di medan perang Somalia.

kisah tentera malaysia di somalia yang tersimpan kemas 27 tahun kini dibukukan

Terdahulu, Amerika Syarikat sering menghasilkan produksi berkaitan genre perang.

Antaranya termasuklah drama bersiri Combat dan filem blockbuster Black Hawk Down.

Namun, kebanyakan jalan cerita tersebut dikatakan faktanya sering dimanipulasi hingga dipersoalkan ketelusan di sebalik penyampaian jalan cerita yang dihasilkan mereka.

Contohnya peristiwa yang mencetuskan filem Black Hawk Down, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menghantar pasukan pengaman pelbagai negara termasuklah Malaysia ke Afrika, bertujuan untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di negara tersebut.

Namun dalam filem tersebut, peranan dan sumbangan tentera Malaysia sedikit pun tidak dipaparkan, sedangkan pada hakikatnya, terdapat lebih daripada 100 orang tentera Batalion Malaysia Pertama (MALBATT1) yang terlibat dalam misi menyelamatkan renjer Amerika Syarikat itu.

Seorang perajurit negara turut menjadi mangsa korban dalam misi tersebut.

Susulan itu, tercetuslah karya Somalia Belang Harimau Besi, sebuah kisah benar yang diceritakan dari sudut pandangan perajurit yang terlibat sendiri dalam peristiwa terbabit, iaitu, tak lain tak bukan Jeneral Dato’ Mohd Halim Khalid PGB.

Kisah Somalia Belang Harimau Besi bertujuan untuk membetulkan fakta sejarah yang diputarbelitkan pihak tertentu demi kepentingan masing-masing.

rahsia tentera malaysia di somalia yang tersimpan kemas 27 tahun kini dibukukan

Untuk pengetahuan semua, kisah ini turut diterbitkan dalam Siri SYOKcast ‘Belang Harimau Besi’ yang memuatkan enam episod. Muat turun aplikasi SYOK di Google Play Store, App Store dan Huawei App Gallery untuk strim ‘Belang Harimau Besi’.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYOKcast (@syokcast)