Khairy Mohon Orang Ramai Berhenti Baca ‘Konspirasi Sampah’ Mengenai Dos Penggalak Di Facebook

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sekali lagi menggesa orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang konspirasi berkaitan dos penggalak.

khairy mohon orang ramai berhenti baca ‘konspirasi sampah’ mengenai dos penggalak di facebook

Tegas Khairy, berbanding dengan membaca perkara-perkara yang tidak benar, apa yang sepatutnya dilakukan golongan yang mempercayai konspirasi ‘sampah’ ini adalah mendapatkan dos penggalak.

Tidak berhujah kosong, beliau turut memuat naik graf kadar kematian melibatkan individu tidak divaksin berbanding mereka yang menerima vaksin dan dos penggalak.

“Booster (dos penggalak) memberi perlindungan yang terbaik daripada kematian dan gejala serius COVID-19.

“Berhenti membaca cerita konspirasi sampah di Facebook,” katanya di Twitter beliau.

Berdasarkan graf yang dikongsi, ia memaparkan kadar kematian berdasarkan status vaksinasi dari 1 Januari hingga 19 Januari 2022, yang mana kadar kematian tertinggi dicatatkan dari golongan berusia 60 hingga 69 tahun dan tidak menerima vaksin.

Sementara itu, kadar kematian kedua tertinggi pula dicatatkan dari mereka yang tidak menerima vaksin pada usia 80 tahun ke atas.

Mengulas lanjut, dos penggalak adalah berkesan dalam menghadapi gelombang Omicron, kata Khairy.

Demikian itu, beliau menyeru orang ramai untuk melindungi diri dengan mendapatkan dos penggalak.


Sumber: [1]