Ketawa Tanpa Henti Dengan Kampung Latah Kena Kuarantin

Terbaru, Astro Shaw membawakan sebuah filem komedi gamat dengan celoteh lucu yang menjanjikan gelak tawa berterus, iaitu Kampung Latah Kena Kuarantin!

ketawa tanpa henti dengan kampung latah kena kuarantin

Bakal menemui orang ramai menerusi Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 9 September, Kampung Latah Kena Kuarantin merupakan filem pertama yang mengetengahkan gelagat melatah sebagai subjek kepada latar cerita serta menghimpunkan barisan pelakon berpengaruh seperti Azhan Rani, Nadia Mustafar, Ieda Moin, PS Mansur dan Din Latah.

Kampung Latah Kena Kuarantin telah menjalani sesi penggambaran di sekitar Janda Baik, Pahang dan merupakan hasil arahan pengarah filem komedi 10 Tips Tipu Bini, Azizi Adnan yang turut sama menulis skrip bagi filem ini.

ketawa tanpa henti dengan kampung latah kena kuarantin

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang KAMPUNG LATAH PERMAI, sebuah kampung yang unik dan

menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara kerana ia satu-satunya lokasi di dunia yang mempunyai kadar penduduk ‘melatah’ yang ramai. Ajin (Azhan Rani) merupakan ketua pemandu pelancong untuk syarikat Latah Permai Travel & Tours, bersama rakan kongsinya, Jamilah (Nazia Mustafar), Eton (Ieda Moin) dan Din (PS Mansur). Gelagat mereka sering menceriakan penduduk kampung dan juga pelancong. Dalam pada itu, Ajin menaruh perasaan terhadap Juanita (Elisya Sandha). Tetapi Apoi (Joey Daud) telah dahulu menghantar rombongan meminang Juanita dengan mengikut adat resam dan budaya melayu, namun pinangan Apoi ditolak.

Apoi bersama konconya Abon (Bell Ngasri) dan Anjang (Wanns Ahmad) melakukan sesuatu

kerana tidak berpuas hati. Selang beberapa hari kemudian, Kampung Latah Permai yang ceria, tiba-tiba dilanda sindrom melatah yang tidak terkawal sehingga menimbulkan pelbagai kes merbahaya seperti melatah sehingga koma, melatah sehingga meninggal serta melatah sehingga terbunuh rakan atau pasangan. Keadaan kampung semakin membimbangkan dan menjadi isu besar sehingga Ketua Kampung terpaksa membuat mesyuarat tergempar bersama penduduk bagi mencari jalan penyelasaian. Berbagai teori dan cara menangani pandemik latah telah dibuat sehingga ada yang logik dan ada yang karut.

ketawa tanpa henti dengan kampung latah kena kuarantin

Saksikan Kampung Latah Kena Kuarantin menerusi Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 9 September 2021.

Untuk melanggan, orang ramai boleh ke saluran 480 atau strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, korang boleh menonton selama 48 jam secara berulang-ulang kali.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.