Pernah tak korang terdengar tentang kewujudan ular hidung cangkuk Barat yang menggunakan kentut bagi mengelirukan musuhnya?
Terkenal dengan bentuk muncung, ular jenis ini boleh ditemui di padang pasir Amerika Syarikat dan Mexico.
Berbeza dengan ular tedung yang kebiasaannya mempunyai racun yang mematikan, ular hidung cangkuk Barat bagaimanapun tidak mempunyai racun.
Justeru, ia bergantung pada mekanisme pertahanan yang lebih luar biasa, iaitu kentut.
Apabila terancam, ia akan mengeluarkan gelembung udara dari kloaka, iaitu bahagian perkumuhan yang terdapat di hujung belakang ular.
Bruce Young, ahli morfologi eksperimen di Kolej Lafayette di Easton, Pennsylvania, memberitahu Discover Magazine bahawa ular hidung cangkuk Barat itu menghasilkan kentut ciri mereka dengan menggunakan dua set otot untuk mengasingkan poket udara termampat dan kemudian mengecutkan sfinkter kloaka untuk mengeluarkannya secara paksa.
Beliau juga menjalankan beberapa eksperimen makmal dan mendapati bahawa beberapa spesimen ular itu kentut dengan kuat sehingga mereka terangkat dari tanah.
“Ular hidung cangkuk menggunakan begitu banyak tenaga mereka pada kentut ini sehingga dalam beberapa kes, mereka akan melemparkan diri mereka ke atas tanah,” katanya.
Sumber: [1]