Kelihatannya seperti istana zaman pertengahan yang sangat terpelihara, tetapi pada hakikatnya, keajaiban seni bina bangunan bernama Chateau Erken yang terletak di Rusia ini baru berusia lebih sedekad.
Terletak di kawasan desa Kabardino-Balkaria yang didominasi oleh ladang anggur, Chateau Erken adalah tarikan pelancong yang lain dari lain di Rusia.
Ia bukan sahaja mengikut rela bentuk kubu istana zaman pertengahan Eropah, tetapi lokasinya juga terletak di tengah-tengah tasik buatan manusia yang penuh dengan ikan dan burung liar sama mengagum.
Menariknya, walaupun oto dan video istana yang menakjubkan ini telah beredar di media sosial selama bertahun-tahun, sesetengah orang masih tidak percaya bahawa ia wujud dan dibina oleh seseorang yang bukan raja namun ahli perniagaan legenda.
Nama Tembulat Erkenov adalah sinonim dengan industri wain Kabardino-Balkaria.
Selepas menamatkan pengajian dari Fakulti Agronomi, beliau dihantar untuk bekerja dalam kolektif komunis sebelum naik pangkat dan akhirnya menjadi Timbalan Pengerusi Kerajaan Kabardino-Balkaria.
Beliau kemudian membina kilang wainnya sendiri, Chateau Erken, yang diiktiraf sebagai salah satu yang terbaik di Rusia.
Diilhamkan oleh istana yang dilawatinya ketika perjalanannya menjelajah Eropah, Erkenov memutuskan untuk membina istana zaman pertengahannya sendiri; bukan sekadar replika berskala kecil, tetapi istana bersaiz sebenar.
Terdapat juga sumber yang mengatakan bahawa istana itu hanya dibina pada 2010.
Hari ini, operasi utama Chateau Erken terletak di dalam istana yang cantik itu, namun ia juga berfungsi sebagai tarikan pelancong tempatan yang mana mereka yang ingin melihat bahagian dalam tempat itu perlu membayar untuk lawatan.
Tetapi, terdapat banyak juga yang boleh dilihat dari luar memandangkan istana itu terletak di tengah-tengah tasik buatan manusia yang dihuni oleh ikan dan burung liar.
Tembulat Erkenov meninggal dunia pada 2017, meninggalkan anaknya untuk mengendalikan hal ehwal Chateau Erken.
Istana lima tingkat yang dibinanya itu juga kekal sebagai bukti kerja dan hasil titik peluk ketika riwayatnya.
Sumber: [1]