Kes Positif Covid-19 Di Seluruh Dunia Kini Cecah Lebih 30 Juta

kes positif covid-19 di seluruh dunia kini cecah lebih 30 juta

Sehingga ke hari ini lebih 30 juta kes positif telah dilaporkan di seluruh dunia. Memetik laporan Astro Awani, ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam. 

Menerusi data terbaru Johns Hopkins University, Amerika Syarikat masih kekal sebagai negara paling tinggi dengan jumlah 6.79 juta jangkitan. Diikuti India (5.4 juta) dan Brazil (4.52 juta).

Di Rusia, jangkitan Covid-19 di Rusia pula melepasi 1 juta kes.

Manakala, Peru, Columbia, Mexico, Afrika Selatan, Sepanyok dan Argentina melepasi angka setengah juta.

Perancis, Chile, Iran, United Kingdom, Bangladesh, Arab Saudi, Iraq, Pakistan & Turki melepasi 300,000 kes.

Di Itali, Filipina, Jerman dan Indonesia pula melebihi 200,000 kes.

Ukraine, Kanada, Bolivia, Qatar, Ecuador, Kazakhstan, Romania, Panama dan Mesir pula mencatatkan lebih 100,000 kes.

kes positif covid-19 di seluruh dunia kini cecah lebih 30 juta

kes positif covid-19 di seluruh dunia kini cecah lebih 30 juta

kes positif covid-19 di seluruh dunia kini cecah lebih 30 juta

kes positif covid-19 di seluruh dunia kini cecah lebih 30 juta

kes positif covid-19 di seluruh dunia kini cecah lebih 30 juta

Negara-negara lain masih tidak melepasi 100,000 kes positif Covid-19.

Pastikan anda terus mengambil langkah berhati-hati dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh KKM. Virus ini menyerang tidak kira siapa.Jangan sangka orang yang aktif bersukan dan menjaga kesihatan tak kena tau.