Kes Positif Cecah Angka 2,000, Selangor Catat Penambahan 1,000 Kes

kes positif cecah angka 2,000, selangor catat penambahan 1,000 kes

Nampaknya jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat mendadak pada hari semalam selepas KKM melaporkan kes positif baharu sebanyak 2,234 kes.

Daripada jumlah baharu itu, 2,229 daripadanya merupakan kes tempatan dan lima daripadanya pula ialah kes import. Secara kumulatifnya sudah terdapat 78,499 kes positif COVID-19 di negara kita.

Selain itu, angka kematian terus meningkat apabila terdapat tiga lagi kes kematian dicatatkan pada hari semalam. Jumlah keseluruhan kes kematian mencecah 396 kes.

Bagaimanapun, kes sembuh turut meningkat sebanyak 1,112 kes. Secara kumulatifnya, 66,236 kes telah berjaya diselesaikan oleh pihak KKM.

Negeri Selangor mencatatkan jumlah kes positif tertinggi iaitu sebanyak 1,428 kes.  Hanya negeri Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja yang tidak mempunyai sebarang ke setakat semalam.

Biarpun merentas negeri telah dibenarkan, namun, harus diingatkan bahawa sila jaga penjarakan fizikal dan patuh kepada SOP yang telah ditetapkan.

Sumber: KKM