Kes Positif COVID-19 Tidak Menentu, Jangan Ambil Mudah Dengan Segala SOP

kes positif covid-19 tidak menentu, jangan ambil mudah dengan segala sop

Beberapa hari lepas, kes positif COVID-19 naik mendadak apabila mencapai 100 kes. Lebih mengerikan apabila kes tempatan lebih tinggi berbanding kes import. Ini bermakna virus ini terus mengganas.

Sehingga 12 tengah hari semalam (10 September), terdapat 44 kes positif melibatkan tempatan. Manakala, hanya satu kes sahaja untuk kes import. Secara keseluruhannya sudah 9,628 kes positif telah dicatatkan di negara kita.

Oleh itu kawan-kawan patuh kepada segala SOP yang telah ditetapkan. Jaga penjarakan fizikal, sentiasa memakai pelitup muka dan jaga kebersihan pada tahap maksimum. Sekiranya terdapat simptom-simptom sepert batuk, selsema dan demam, segera dapatkan rawatan di klinik terdekat.

Ok, ni kami nak ajak korang untuk menyaksikan sebuah dokufilem bertajuk Malaysia vs COVID-19: #KitaJagaKita. Korang boleh tengok dokufilem ini pada 12 September 2020 jam 6 petang melalui saluran Astro Ria, Astro AEC, Astro Vinmeen, Hello, Astro Awani dan Astro Go!