Kes Positif Baharu Pada Angka 800, Sabah Terus Mencatatkan Jumlah Tertinggi

kes positif baharu pada angka 800, sabah terus mencatatkan jumlah tertinggi

COVID-19 di Malaysia terus berada pada paras yang membimbangkan. Melihat angka kes positif baharu sehingga jam 12 tengah hari semalam, terdapat 823 kes positif bertambah dan menjadikan angka kumulatif sebanyak 26,565 kes di Malaysia.

Bukan itu sahaja, jumlah kematian juga turut meningkat apabila terdapat 8 kematian yang dicatatkan. Secara keseluruhannya, Malaysia telah mencatatkan 229 kes kematian akibat virus ini.

Berdasarkan laporan KKM, negeri Sabah terus mencatatkan angka kes positif tertinggi. Untuk semalam, Sabah merekodkan 533 kes positf baharu. Pulau Pinang berada di tangga kedua dengan 97 kes diikuti Selangor (88 kes), Labuan (26 kes) Negeri Sembilan (22) dan Johor 15 kes.

Walaupun begitu, angka kes positif terus memberangsangkan apabila 579 kes telah berjaya diselesaikan. Bagaimanapun, kita harus dan terus menjaga diri sendiri agar tidak menyumbang kepada angka positif baharu.