Kes Kategori Tiga, Empat & Lima Hanya 1.5 Peratus

Hanya 1.5 peratus atau 201 daripada 13,104 kes baru COVID-19 yang dilaporkan setakat 12 tengah hari semalam terdiri daripada kategori tiga, empat dan lima.

kes kategori tiga, empat & lima hanya 1.5 peratus

Kategori tiga merupakan mereka yang mengalami radang paru-paru, sementara empat pula memerlukan bantuan oksigen dan lima memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, baki 12,903 atau 98.5 peratus merupakan kategori satu iaitu mereka yang tidak bergejala dan kategori dua, mereka yang bergejala ringan.

 “Daripada jumlah kes baru juga, lapan adalah kes import melibatkan tiga warganegara dan lima rakyat asing manakala 13,096 kes pula melibatkan penularan dalam negara iaitu 11,892 warganegara dan 1,204 rakyat asing.

“Sebanyak 20,791 kes sembuh turut dicatatkan menjadikan jumlah kes pulih sepenuhnya di negara ini ialah 1,989,512 iaitu 90.5 peratus,” katanya.

 

Sumber: [1]