Malang Tak Berbau, Kereta Terbenam Ke Dalam Lubang Ketika Parkir Atas Jalan

Malang tidak berbau. Satu kejadian di Rusia melihat dua buah kenderaan terbenam ke dalam lubang yang terbentuk secara tiba-tiba di atas jalan raya.

malang tak berbau, kereta terbenam ke dalam lubang ketika parkir atas jalan

Memetik laporan Astro Awani, kejadian itu dikatakan berlaku di sebatang jalan raya di Novosibirsk, iaitu bandar raya ketiga terbesar di negara tersebut.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kematian yang dilaporkan daripada kemalangan itu.

Difahamkan lubang itu terbentuk secara tiba-tiba selepas paip air panas di bawah tanah pecah pecah di lokasi kejadian, menyebabkan kedua-dua kereta yang diparkir di perkarangan sebuah bangunan perniagaan itu terjunam.

Susulan itu, kejadian tersebut menyebabkan bekalan air panas ke 21 buah blok flat dan tiga buah hospital mengalami gangguan selama seharian berikutan ia membekalkan air kepada penduduk di kawasan perumahan berhampiran dan pejabat ketika musim sejuk.

Setakat ini, punca paip itu pecah masih belum diketahui.

 

Sumber: [1]