Kerana TikTok, Gadis Berusia 16 Tahun Berjaya Selamatkan Diri Dari Bergelar Mangsa Culik

Seorang gadis berusia 16 tahun yang diisytiharkan hilang di Amerika Syarikat telah ditemui selepas dia menggunakan isyarat tangan yang tular di TikTok.

kerana tiktok, gadis berusia 16 tahun berjaya selamatkan diri dari bergelar mangsa culik

Gerak isyarat tersebut popular di TikTok dan menandakan seseorang berada dalam bahaya.

Memetik laporan Detik Indonesia, gadis itu dilaporkan hilang oleh ibu bapanya di North Carolina pada Selasa dan ditemui di dalam sebuah kereta di Kentucky dua hari kemudian. James Herbert Brick, lelaki yang menculik gadis itu, telah ditahan beberapa hari kemudian.

Seorang pemandu membuat laporan dia melihat seorang gadis di dalam sebuah kereta yang mana dia mengangkat tangan dan membengkokkan ibu jarinya pada tapak tangannya, sebelum menutup keseluruhan tapak tangan tersebut dengan empat jari yang lain.

Kebetulan, pemandu itu mengenali isyarat daripada video TikTok yang menjadi tular yang mana ia digunakan oleh seseorang yang berada dalam bahaya untuk mendapatkan bantuan.

Pemandu tersebut melihat gadis itu kelihatan dalam bahaya lalu menghubungi polis dan mengikuti kereta terbabit.

Polis kemudian memberhentikan kereta ketika ia keluar dari lebuh raya dan mendapati gadis itu berada di tempat duduk penumpang.

Berdasarkan gadis itu, dia telah dibawa oleh Brick melalui North Carolina, Tennessee, Kentucky dan Ohio.

Brick yang berusia 61 tahun kemudian didakwa dengan pemenjaraan yang menyalahi undang-undang, dan memiliki bahan yang menunjukkan perbuatan seksual.

 

 

Isyarat tangan yang digunakan gadis itu menjadi tular di TikTok dan beberapa platform media sosial lain berikutan tercetusnya kempen ‘Isyarat untuk Bantuan’ yang tersebar di media sosial pada permulaan wabak COVID-19.

Menurut Yayasan Wanita Kanada, isyarat itu boleh digunakan oleh seseorang untuk menunjukkan mereka berada dalam bahaya.

Tujuan gerak isyarat ini adalah untuk membantu mangsa keganasan rumah tangga mendapatkan bantuan menggunakan isyarat bukan lisan.

Seseorang itu dinasihatkan untuk menggunakan isyarat tangan ini semasa berada di hadapan kamera, atau dalam situasi lain yang mana mereka tidak boleh bercakap tentang keadaan mereka secara bebas atau menghadapi kesukaran untuk meminta bantuan.

 

Sumber: [1]