Macam-macam ujian di alam perkahwinan ni kan? Hidup lah lama macam mana pun kalau tak ada toleransi memang tak boleh bertahan.
Macam sepasang suami isteri yang sudah pun 45 tahun mendirikan rumah tangga ni. Si suami merupakan seorang pesara telah bertekad untuk menceraikan isterinya.
Alasannya kerana si isteri suka membela kucing. Apa yang membuatkan si suami tidak dapat tahan apabila kucing yang dibela telah kencing pada muka suami berkenaan ketika dia sedang tidur.
Memang patut lah pun!
Selepas mendengar keterangan daripada kedua-dua pihak, akhirnya hakim memutuskan untuk membubarkan perkahwinan pasangan itu.
Kendatipun si isteri tidak mahu dan membantah, namun si suami yang sudah menjangkau 70 tahun itu tetap dengan keputusannya untuk berpisah.
"Kucing-kucing ini cukup mengganggu dan dibiarkan bebas berkeliaran di dalam rumah.
"Ia juga tidak terlatih dan berak serta kencing merata-rata.
"Bau najis menyebabkan jiran-jiran kurang selesa," kata Hakim Sheik Mustafa.
Haaa nampak tak? Perkahwinan ni bukan atas dasar kasih sayang semata je. Kalau tak ada sefahaman atau toleransi memang tak pergi jauh la.
Sumber: Sinar Harian