Ramai Tak Tahu Tentang Kepentingan GABA, Siapa Ada Anxiety Atau ADHD Wajib Baca

Ramai sebenarnya rakyat Malaysia yang masih tidak tahu tentang kepentingan GABA. Apa sebenarnya GABA ni? GABA singkatan kepada Gamma-Aminobutyric Acid dan ianya adalah neurotransmitter penting untuk otak kita. 

Kalau anda mempunyai anxiety, depression atau ADHD, anda wajib tahu tentang kebaikan GABA ni tau. 

Menurut perkongsian yang dibuat oleh Dr. Rizal Abu Bakar di laman Facebooknya, Antara peranan baik GABA ini ialah ia mampu membantu mengurangkan nerve cell activity dalam saraf.

Selain daripada itu, GABA juga boleh membantu kita dalam: 

  • Mengurangkan anxiety

  • Membaiki kualiti tidur

  • Meringankan simptom depression

  • Melegakan PMS

  • Menurunkan inflamasi pada tubuh

  • Meningkatkan kemampuan fokus dalam ADHD

  • Menaikkan level growth hormone 

Apa yang menariknya ialah GABA adalah neurochemical natural yang ada calming effect. Jadi kalau ada perasaan takut atau anxiety GABA akan membantu anda. 

“Hati jadi tenang. Dada dah tak berombak kencang. Nafas kembali normal,” kata Dr. Rizal. 

Menurut Dr. Rizal lagi, jika nak menaikkan GABA, anda kena ambil magnesium, vitamin B6, dan valerian root.  Untuk Valerian root ni anda kena ambil dalam bentuk suplemen. Tapi kalau nak makanan natural sahaja, anda boleh cuba makan makanan ini: 

  • Cendawan

  • Bayam

  • Brokoli

  • Kobis

  • Cauliflower

  • Keledek

  • Kacang / buah berangan

  • Walnut dan almond

 

ramai tak tahu tentang kepentingan gaba, siapa ada anxiety atau adhd wajib baca

 

Haa, sekarang anda dah tahu kan apa itu GAMA? Banyak kelebihan GAMA ni tau jadi anda pun boleh la cuba! 

Sumber: Facebook @Dr.RizalAbuBakar