Pernah tak korang terfikir kenapa waktu gunting rambut tak pernah sakit?
Haaa kalau korang pernah terdetik perkara ini, jadi kami nak kongsikan sebabnya.
Sebenarnya, rambut ni terhasil daripada sel yang sudah mati. Sebab tu kalau kita gunting atau potong tak rasa apa-apa. Rambut tumbuh daripada lubang-lubang yang ada pada tubuh badan dan dikenali sebagai folikel. Pada setiap lubang tu akan ada akar rambut. Jadi, dekat situ lah rambut-rambut akan tumbuh.
Selain itu, ada beberapa tempat yang rambut atau bulu tak akan tumbuh seperti bibir, tapak tangan dan juga pada bahagian tapak kaki. Ini kerana pada bahagian tersebut tidak mempunyai sebarang folikel.
Wahhh! So sekarang dah tahu lah kan kenapa potong rambut tak pernah rasa sakit tapi kalau cabut rambut rasa sakit?
Sumber: HealthLine