Farah Ann Sedih, Tapi Kenapa?

Kenapa sedih-sedih pulak Farah Ann Abdul Hadi ni? Siapa yang berani buat ratu gimnas kita sedih ni? Berani betul! 

Sebenarnya, Farah Ann sedih sebab Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang patutnya bermula Julai ni ditunda pertengahan tahun depan. Sebab semua latihan yang Farah Ann dah buat adalah untuk beraksi pada Julai.

Namun, hajatnya tidak kesampaian sebab pandemik COVID-19. Bukan Sukan Olimpik je yang ditunda, semua acara sukan terpaksa ditunda dan ada yang dibatalkan. Oleh sebab ini lah Farah Ann sedih. Ye lah, dah berlatih penat-penat tapi tak dapat beraksi pulak, kena la jalani program latihan yang baru pulak kan?

farah ann sedih, tapi kenapa?

Sedih Farah Ann ni tak lama. Menurutnya, dia faham penundaan Sukan Olimpik Tokyo itu perlu bagi mengutamakan keselamatan atlet dan orang ramai. Tambah Farah Ann, selepas keputusan penundaan itu diumumkan, dia boleh kembali fokus persiapkan diri untuk beraksi di temasya sukan terbesar dunia itu.

Farah Ann juga berjanji akan berusaha lebih keras untuk Olimpik Tokyo tahun depan. Mana taknya, beraksi pada Sukan Olimpik ni adalah impian dia sejak berusia 8 tahun! Haa, kita semua masa 8 tahun tengah buat apa? Hahaha.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

As I sit here typing this I still can’t wrap my head around the fact that I qualified for the Olympic Games in Tokyo, 2020. It has been my dream since I was 8 years old and to see it become a reality is an indescribable feeling. After coming so close in Rio and not qualifying, it was devastating. I am incredibly thankful and grateful to soo many people in my journey to get to this moment. To my coaches Ms. Nataliya and Ng Shu wai. You have pushed me, guided me and believed in me and my dreams. There are no words to describe how thankful I am for you. To my amazing teammates, Ing yueh ,Tracie, Ena, Azira, Siti , Rachel, Geanie and Imaan. You are the most amazing friends, teammates, and sisters. Thank you so much for everything you’ve done for me. To my family, my amazing sisters , Tina and Aisyah , my mom and dad. None of this would have been possible without your constant support and love. Thank you to Ms Soo, Ms Sukhdev and Kak Nurul for helping us prepare for this competition, and the support you’ve given us throughout the years. Thank you to KBS, MSN, MGF, ISN especially, Erik, Tomny and Thomas for your continuous support and for allowing us to compete and continue our journey for Malaysia. Thank you to all of you who have supported us , cheered for us and most importantly believed in us. Thank you Malaysia šŸ‡²šŸ‡¾ Tokyo 2020 here we come šŸÆ #farahann #tokyo2020 #malaysiangymnast

A post shared by Farah Ann Abdul Hadi (@farahann94) on

Dia berjaya layakkan diri ke Olimpik Tokyo ni setelah meraih slot pada Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia, di Jerman tahun lalu, Pada kejohanan tu, Farah Ann berjaya tempatkan diri dalam kelompok 24 terbaik peserta yang bertanding.

Lagi best, Farah Ann ni merupakan gimnas ke-3 negara yang berjaya layak ke Olimpik tau! Gimnas pertama negara yang beraksi pada Olimpik ialah Alexina Au Li Yen pada tahun 2000 di Sydney manakala Ng Shu Wai jadi gimnas lelaki pertama layak ke Olimpik iaitu pada 2004 di Athens.

Untuk makluman, Farah Ann ni dah berkecimpung dalam sukan gimnastik ni sejak berusia 3 tahun! Hmm, patut la hebat. Umur 3 tahun dah mula terlibat dengan gimnastik.

Antara pencapaian Farah Ann sepanjang kariernya ialah meraih 7 emas pada temasya Sukan SEA termasuk 3 emas yang dimenangi hujung tahun lalu di Manila.

Harap-harap Farah Ann dapat berikan yang terbaik pada Olimpik Tokyo nanti dan mana lah tau dapat bawak balik pingat kan? Amiiiinnn.

farah ann sedih, tapi kenapa?

Oleh: Karami Kamel