Kenali Wajah Disebalik Emoji Wanita Bertudung

Jom kenali wajah disebalik emoji wanita bertudung yang diperkenalkan beberapa tahun lepas.

kenali wajah disebalik emoji wanita bertudung

Tahukah anda, Rayouf Alhumedhi merupakan remaja paling berpengaruh untuk majalah Time versi 2017?

Gadis berasal dari Arab Saudi yang kini tinggal di Jerman telah mengusulkan emoji bergambar wanita berhijab pada 2016 kepada The Unicode Consortium.

kenali wajah disebalik emoji wanita bertudung

Rayouf Alhumedhi memberitahu, idea untuk membuat emoji wanita berhijab tercetus ketika dia berbual di Whatsapp bersama teman-temannya.

Katanya, tak ada emoji yang mewakili muslimah. Akhirnya dengan berbekal keberanian, Rayouf Alhumedhi menyediakan proposal dan mengirimkannya kepada pihak Unicode.

kenali wajah disebalik emoji wanita bertudung

"Tidak ada emoji yang mewakili saya dan 550 juta wanita muslim di bumi ini. Dengan jumlah sebanyak itu, masakan tidak ada satu pun emoji yang mewakili mereka. Saya menyedari bahawa banyak wanita berhijab yang menggunakan media sosial," tuturnya.

Rayouf Alhumdhi, 18, berharap dengan adanya emoji wanita berhijab ini ia dapat mewakili semua wanita Islam di dunia.

Sumber