Kemurungan Semakin Meneruk, Taemin SHINee Teruskan Aktiviti Ketenteraan Sebagai Pekerja Awam

Anggota kumpulan SHINee, Taemin yang kini berkhidmat dalam perkhidmatan ketenteraan wajibnya, telah dipindahkan daripada kumpulan tentera terdahulunya dan meneruskan perkhidmatan sebagai pekerja perkhidmatan awam.

kemurungan semakin meneruk, taemin shinee teruskan aktiviti ketenteraan sebagai pekerja awam

Ia berikutan kemurungannya yang semakin teruk sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pihak berkuasa.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan agensi pengurusannya, SM Entertainment pada 14 Januari lalu, “Disebabkan simptom kemurungan dan keresahan yang dialami Taemin yang telah pun dialaminya sejak sebelum mendaftar lagi, dia terus menerima rawatan dan terapi walaupun sedang menjalankan perkhidmatannya.

“Bagaimanapun, kerana gejalanya semakin teruk baru-baru ini, pihak ketenteraan memutuskan bahawa adalah mustahil baginya untuk meneruskan kehidupan tentera dan rawatannya pada masa yang sama, dan dia telah dipindahkan ke perkhidmatan tambahan.”

Taemin, 28, yang mendaftar pada 31 Mei 2021, adalah satu-satunya anggota SHINee yang masih belum menamatkan perkhidmatan ketenteraannya yang berlangsung selama 21 bulan.

 

Sumber: [1]