Kementerian Kesihatan Malaysia Adakan FB Live Tentang COVID-19

kementerian kesihatan malaysia adakan fb live tentang covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil inisiatif untuk menyebarkan kesedaran tentang COVID-19 dengan mengadakan Facebook Live.

Setiap kali FB Live diadakan, akan ada dua orang doktor yang akan bercakap tentang COVID-19. Menurut kementerian itu, mereka akan mengadakan sesi sedemikian sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Sepanjang sesi itu juga, setiap doktor yang menjadi panel akan menjawab persoalan yang diberikan oleh penonton. Jadi, kalau korang ada apa-apa persoalan boleh lah terus ke page Kementerian Kesihatan Malaysia untuk bertanya.

Sesi pertama telah berlangsung pada hari Isnin yang lalu, 23 Mac. Kalau korang nak join next session, korang boleh pergi ke facebook page KKM dan turn on notification. Jadi, apabila mereka lakukan sesi FB Live tak ada lah korang terlepas.