Kemasukan Ke Hopsital Dan Kematian Dijangka Meningkat Akibat Omicron - WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan peningkatan dalam jumlah kemasukan ke hospital dan kematian yang berkaitan dengan strain baru COVID-19 Omicron.

kemasukan ke hopsital dan kematian dijangka meningkat akibat omicron - who

Isnin lalu, Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom mengesahkan kematian pertama akibat Omicron.

“Disebabkan bilangan kes yang dikaitkan dengan varian membimbangkan itu meningkat secara global, kami menjangkakan jumlah kes dimasukkan ke hospital dan juga kematian akan dilaporkan,” jelas WHO.

Mereka turut memaklumkan bahawa banyak negara masih belum memiliki kapasiti untuk menganalisis semua kes atau kematian secara konsisten sehingga menyebabkan sukar untuk memberi maklumat tepat berkenaan kematian yang berkaitan dengan varian tertentu.

Badan dunia itu menjangkakan lebih banyak maklumat berkenaan Omicron akan diperoleh dalam minggu-minggu akan datang.

“Maklumat lanjut diperlukan untuk memahami sepenuhnya gambaran klinikal mereka yang dijangkiti Omicron dan WHO menggalakkan negara menyumbang kepada pengumpulan dan perkongsian data pesakit yang dimasukkan ke hospital melalui Platform Data Klinikal COVID-19 WHO,” baca kenyataan tersebut.

 

Sumber: [1]