Kedai Jepun Hasilkan Mask Senyuman Untuk Membuatkan Staff Nampak Mesra

kedai jepun hasilkan mask senyuman untuk membuatkan staff nampak mesra

Memandangkan COVID-19 boleh tersebar dengan cecair maka kita semua dinasihatkan dan diwajibkan untuk memakai pelitup muka. Walaupun tak selesa, nak buat macam mana kan, demi kesihatan semua.

Kadang-kadang bila kita pakai mask ni mesti akan susah untuk menunjukkan bahawa kita tengah senyum. Sampaikan boleh timbul konflik apabila orang menyatakan kita sombong ataupun berlagak.

kedai jepun hasilkan mask senyuman untuk membuatkan staff nampak mesra

Tapi, kalau korang berhadapan dengan situasi ni, boleh la korang ikut langkah yang diambil oleh sebuah kedai di Jepun ni. Nama kedai ni Takeya dan mereka telah melancarkan kempen senyum untuk memastikan staff mereka kelihatan mesra .

Apa yang menariknya adalah, mereka menghasilkan pelitup muka dengan ilustrasi senyuman. Jadi, kalau diorang pakai mask tu orang lain akan ingat dan perasan staff tersebut sedang memberi senyuman kepada mereka.

kedai jepun hasilkan mask senyuman untuk membuatkan staff nampak mesra

Wah, menarik juga idea ni! Jadi, kalau korang selalu kena tegur sebab nampak sombong ketika pakai mask, boleh lah korang beli dan pakai mask macam ni!

Sumber: 9gag