Kebangkitan Dele Alli!

kebangkitan dele alli!

Kira-kira 3 tahun lalu, Dele Alli merupakan antara pemain muda terbaik England. Dia mainkan peranan penting untuk England pada Piala Dunia 2018 yang menyaksikan skuad The Three Lions mara ke separuh akhir kejohanan tersebut. Malangnya, skuad kendalian Gareth Southgate tewas pada aksi separuh akhir apabila tumpas 1-2 kepada Croatia yang menyaksikan perlawanan tersebut diheret ke masa tambahan.

kebangkitan dele alli!

Pemain tengah itu mula menempa nama bersama Tottenham pada musim 2015/2016 apabila menjaringkan 10 gol dalam 46 penampilan. Jumlah jaringannya meningkat untuk 2 musim berikutnya apabila meledak 22 dan 14 gol. Namun sebaik Piala Dunia 2018 berakhir, prestasi Alli bersama Tottenham merudum. Alli hanya menjaringkan 7 gol pada musim 2018/2019 dan menjaringkan sejumlah 12 gol untuk 2 musim berikutnya.

kebangkitan dele alli!

Lebih malang buat Alli, dia juga kehilangan tempat dalam kesebelasan utama terutamanya ketika Jose Mourinho mengendalikan Tottenham. Ini kerana rakan sepasukannya, Son Heung Min mula pamer prestasi cemerlang apabila digandingkan bersama Harry Kane di bahagian serangan.

kebangkitan dele alli!

Mungkin episod malang Alli akan berakhir. Ini kerana dia muncul wira apabila menyempurnakan sepakan penalti untuk bantu Tottenham tundukkan Wolves 1-0 pada aksi EPL. Keputusan itu menyaksikan Spurs mengekalkan rekod kemenangan 100% musim ini cipta kejutan menewaskan Manchester City juga 1-0 minggu lalu.

kebangkitan dele alli!

Ia juga merupakan gol pertama Dele Alli dalam saingan EPL untuk tempoh 17 bulan! Kali terakhir dia menjaringkan gol ialah ketika berdepan Burnley pada Mac 2020. Pada perlawanan tersebut, Alli menjaringkan gol juga menerusi sepakan penalti.

kebangkitan dele alli!

Di bawah kendalian Nuno Espirito Santo musim ini, Alli diturunkan sebagai central midfield, bukannya attacking midfielder seperti kebiasaannya. Mungkin ini yang diperlukan Alli untuk kembali menyinar sebagai salah seorang pemain terbaik England. Jangan lupa, spekulasi perpindahan Harry Kane masih belum berakhir. Jika Kane meninggalkan Tottenham, Alli mungkin terpaksa pikul tanggungjawab menjaringkan gol bersama dengan Son Heung Min.

 

Oleh: Karami Kamel