Kenapa Banyak Kosmetik Guna Shea Butter? Apa Kebaikan Shea Butter Ni?

kenapa banyak kosmetik guna shea butter? apa kebaikan shea butter ni?

Para wanita mesti tahu dan sering dengar kan tentang Shea Butter. Tapi, korang tahu tak Shea Butter ni apa dana pa kebaikan sebenar benda alah tersebut.

Kalau korang nak tahu, Shea Butter ni adalah sejenis lemak yang telah diekstrak daripada kekacang pokok Shea. Selalunya, pokok ini ditanam di suhu yang panas. Pokok Shea ni banyak terdapat dekat Afrika Timur.

Shea Butter ni banyak digunakan dalam kosmetik sebab ia mengandungi vitamin dan fatty acid yang tinggi. Jadi, banyaklah kebaikan yang boleh diperoleh melalui shea butter ni.

Antara kebaikan Shea Butter ialah:

1- Melembapkan kulit

2- Membantu mengurangkan masalah jerawat

3- Membantu meningkatkan penghasilan kolagen

4- Mengurangkan kedutan dan juga tanda-tanda penuaan

5- Mengurangkan masalah kelumumur

 

Haaa ni baru lima. Sebenarnya banyak je lagi kebaikan Shea Butter ni. Kalau korang nak guna, seeloknya gunalah yang original. Jangan guna yang dah proses atau dicampur dengan bahan-bahan yang lain.

Sumber: Healthline