Kebaikan Menderma Darah, Bukan Kesihatan Je Banyak Manfaat Lain!

kebaikan menderma darah, bukan kesihatan je banyak manfaat lain!

Semua orang tahu derma darah antara satu amalan yang baik. Tambah pula sekarang ni, darah dekat Pusat Darah Negara pun dah semakin berkurangan. Jadi, memang elok lah kalau korang nak menderma darah.

Semua orang dah tahu pasal kebaikan menderma darah dari sudut kesihatan. Tapi sebenarnya, pihak kerajaan ada memberikan manfaat yang lain juga buat penderma darah. Kiranya, kalau korang derma darah ada hadiah khas untuk korang.

Lebih menarik lagi, keistimewaan yang korang dapat adalah dari segi rawatan kesihatan. Selain itu, keistimewaan rawatan ni korang boleh dapat mengikut kekerapa keistimewaan.

Kalau korang derma sekali je, korang dah boleh dapat rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh *4 bulan tau! Kalau dah lebih 50 kali menderma, korang boleh dapat percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.

Weh, best tu! Kalau nak tengok keistimewaan yang korang boleh dapat mengikut kekerapan, boleh rujuk jadual dekat bawah ni.

kebaikan menderma darah, bukan kesihatan je banyak manfaat lain!

Jadi, jom lah kita menderma darah. Ketahuilah, dengan derma darah kita dapat selamatkan nyawa orang lain.

Sumber: Pusat Darah Negara