Kebaikan Makanan Nenas, Boleh Jadi Makanan Anti Stress Dan Banyak Lagi

kebaikan makanan nenas, boleh jadi makanan anti stress dan banyak lagi

Nenas merupakan sejenis buah yang sangat manis tetapi tidak ramai yang minat sebab nenas boleh membuatkan lidah berasa lidas, gatal dan pedih. Sebenarnya, nenas ni banyak khasiat untuk tubuh badan sebagai manusia. Ianya baik untuk kesihatan otak, emosi serta kecantikan kulit. Nenas merupakan super food yang sangat penting bagi keseluruhan tubuh.

Kaya dengan Vitamin C

Nenas memang kaya dengan vitamin c dan sangat bagus untuk kulit. Ia kurangkan lendir, kahak dan legakan sinus.

Anti stress

Nenas mengandungi thiamin ia berfungsi sebagai penukaran karbo, lemak dan protin kepada tenaga untuk tubuh badan.

Kaya dengan bromelain

Nenas juga mengandungi bromelain yang membantu mengurangkan keradangan dan oeteoarthritis. Ia bantu mengurangkan berat badan.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: mingguanwanita