Keanu Reeves Hadiahkan Geng 'Stuntman' Dengan Jam Tangan Mahal & Makan Malam Di Paris

Pelakon terkenal Hollywood, Keanu Reeves membuktikan bahawa dia sememangnya seorang selebriti yang mempunyai kelasnya yang tersendiri dengan menghadiahkan set hadiah kepada pasukan lagak ngeri dalam filem terbarunya.

keanu reeves hadiahkan geng 'stuntman' dengan jam tangan mahal & makan malam di paris

Memetik laporan Vanity Fair, Reeves yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran bagi filem John Wick: Chapter 4 menjemput kru aksi yang bekerja dalam filem itu untuk menyertainya makan malam di Paris.

Bukan itu sahaja, Reeves turut menghadiahkan setiap seorang daripada mereka dengan jam tangan Rolex Submariner yang telah diperibadikan rekaannya dan bernilai kira-kira bawah RM41,410 setiap satu.

Ia sebagai ungkapan rasa terima kasihnya atas kerja keras semua kru yang terlibat dalam filem tersebut.

Keanu Reeves membuktikan bahawa dia lebih daripada memperoleh reputasinya sebagai salah seorang lelaki paling baik di Hollywood dengan melayan pasukan lagak ngeri dalam filem terbarunya dengan hadiah yang sangat murah hati.

Difahamkan setiap satu jam tangan istimewa itu diukir dengan mesej yang berbeza dan unik daripada Reeves.

Filem John Wick: Chapter 4 lakonan Keave Reeves dijadualkan menemui ramai menjelang 2022 ini.

 

Sumber: [1]