Katrina Kaif Tamatkan Zaman Bujang Bersama Pasangan Pelakon

Pelakon jelita Bollywood, Katrina Kaif telah menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih pelakon, Vicky Kaushal pada 9 Disember lalu.

katrina kaif tamatkan zaman bujang bersama pasangan pelakon

Pasangan tersebut dikhabarkan mula menjalinkan hubungan percintaan secara senyap dan jarang dilihat bersama di mata umum.

Dalam pada itu, timbul satu persoalan dalam kalangan peminat di manakah permulaan titik perkenalan dan timbulnya bibit percintaan antara mereka kerana kedua-duanya amat menitikberatkan privasi dalam hubungan tersebut.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Star World (@starworldindia)

 

Walaubagaimanapun, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa ia mungkin bermula dari sebuah rancangan bual bicara Karan Johar Koffee With Karan yang dirakamkan pada 2018 yang mana Katrina Kaif pernah mengatakan bahawa dia akan “kelihatan serasi bersama Vicky Kaushal di skrin” sehingga menyebabkan Vicky berasa terkejut.

Video sama itu menyebabkan para peminat pasangan tersebut tidak dapat mengelak daripada mengimbau kembali detik tersebut dan berkongsi semula video.

Terdahulu, Katrina Kaif dan Vicky Kaushal pernah menjadi bualan hangat di media sosial selepas mereka dilihat bersama dalam satu majlis makan malam di Mumbai sekitar 2019.

 

Sumber: [1]