Katil Atlet Diperbuat Daripada Kadbod? Ini Fakta Yang Korang Kena Tahu Tentang Olimpik Tokyo 2020!

Bersempena dengan temasya Olimpik Tokyo yang bakal berlangsung pada 23 Julai ini, SYOK ingin berkongsi dengan korang 5 fakta menarik mengenai acara sukan berprestij itu. Berikut merupakan 5 fakta yang korang kena tahu mengenai Olimpik Tokyo!

katil atlet diperbuat daripada kadbod? ini fakta yang korang kena tahu tentang olimpik tokyo 2020!

  1. Pingat sukan Olimpik Tokyo diperbuat daripada logam komputer dan telefon terpakai

Untuk pengetahuan korang, istimewanya edisi Olimpik kali ini, atlet yang memenangi pingat dalam temasya tersebut akan dikalungkan dengan pingat yang dibuat dengan menggunakan bahan-bahan terpakai dan 6.2 juta peranti elektronik terbuang termasuk yang terbuang di laut.

  1. Ini merupakan kali kedua Jepun bergelar tuan rumah temasya Olimpik

Setelah hampir 57 tahun berlalu, Jepun kembali bergelar tuan rumah temasya Olimpik buat kali keduanya. Pertama kali negara tersebut menganjurkan acara sukan berprestij itu adalah pada 10 hingga 24 Oktober 1964 di Tokyo.

  1. Katil atlet Olimpik Tokyo diperbuat dengan menggunakan kadbod

Rangka katil yang dibuat khusus untuk para atlet Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 diperbuat daripada kadbod yang dikitar semula.

Sementara itu, tilam untuk katil tersebut pula adalah dalam bentuk politilena yang akan digunakan semula untuk produk plastik seusainya temasya tersebut.

  1. Hampir 80% atlet telah menerima vaksin COVID-19

Dianggarkan 80% atlet daripada 10,900 atlet yang layak mara ke Olimpik Tokyo 2020 telah menerima vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech. Bagaimanapun, mereka yang disahkan positif COVID-19, akan diasingkan dan dibenarkan bertanding dalam temasya tersebut.

  1. Sukan Olimpik pertama yang berlangsung tanpa penonton

Susulan pandemik COVID-19 yang masih melanda serata dunia, temasya Olimpik kali ini buat julung kalinya diadakan tanpa kehadiran penonton.

Bagaimanapun, kakitangan sokongan dan para wartawan dibenarkan berada di lokasi untuk membuat liputan langsung.

 

Sumber: [1]