Kasut Michael Jordan Tahun 1985 Terjual Dengan Harga RM2.4 JUTA!!!

kasut michael jordan tahun 1985 terjual dengan harga rm2.4 juta!!!

Berapa paling mahal korang pernah berbelanja untuk alat yang diletakkan pada kaki atau dikenali sebagai kasut?

Bagi sesetengah orang, kasut ni sangat lah bernilai tinggi dan merupakan barang yang rare untuk dimiliki. Sebab tu lah ada orang sanggup membida sepasang kasut yag perna dipakai oleh pemain bola keranjang terkenal Michael Jordan dengan harga $560,000 atau lebih kurang RM2434600. Perghhhhh!!!!

Dikatakan jumlah itu merupakan yang tertinggi dalam sejarah pembidaan sepasang kasut sneakers. 10 pembida daripada seluruh dunia telah merebut kasut model Nike Air Jordan 1. Apa yang membuatkan kasut itu lebih mahal adalah tandatangan Michael Jordan sendiri yang terdapat pada kasut itu.

Memang gila lah! Tapi kalau dah minat dan tahu value kasut tu, memang ada je yang sanggup berbelanja untuk mendapatkannya.

Sumber: CNN