Kepulauan Osumi menjadi saksi kepada sejarah yang tercipta apabila kapal angkasa penjelajah, Hope milih Emiriah Arab Bersatu dilancarkan ke Marikh.
Berdasarkan laporan, kapal angkasa tanpa jruuterbang itu dilancarkan pada 6.58 pagi waktu tempatan di Pusat Angkasa Lepas Tanegashima.
Pelancaran tersebut menjadikan UAE sebagai negara arab pertama yang melakukan misi jelajah antara planet ini.
Actually, misi ini turut dikawal melalui pusat perintah dan kawalan di UAE iaitu di Pusat Angkasa Lepas Mohammed Bin Rashid (MBRSC). Pelopor projek ini disertai oleh 450 orang dan separuh daripadanya adalah warga UAE sendiri.
Maksud nama kapal Hope tersebut adalah Al-Amal dalam bahasa Arab. Ia menjadi sumber kebanggan UAE sebagai pendatang baharu dalam penjelajan dunia angkasa lepas.
Lebih menarik lagi, pelancaran roket itu turut diadakan melalui cahaya lampu yang dipancarkan pada Burj Khalifa. Mereka melakukan countdown selama 10 saat melalui mercu tanda dunia itu.
Hope dijangka akan tiba di orbit planet Marikh pada Februari 2021 sekali gus meraikan ulang tahun ke-50 tahun penyatuan UAE.
Sumber: Sinar Harian