Kante Untuk Anugerah Balon d’Or?

kante untuk anugerah balon d’or?

N’Golo Kante mungkin tidak begitu popular dalam kalangan peminat bola sepak. Dia tidak menjaringkan gol seperti Harry Kane atau Mohamed Salah. Jumlah bantuan golnya pun tidak tinggi seperti Kevin de Bruyne atau Bruno Fernandes. Tapi kalau ditanya kepada pasukan Chelsea, rata-rata akan menjawab Kante merupakan antara pemain penting kalau bukan yang paling penting. 


kante untuk anugerah balon d’or?

Lihat sahaja ketika Chelsea meraih gelaran Liga Juara-Juara kedua mereka. Semua pemain Chelsea memuji persembahan Kante terutamanya kapten The Blues, Cesar Azpilicueta. Pemain pertahanan itu sifatkan Kante sebagai pemain terbaik yang pernah beraksi sebagai pemain tengah yang bertahan. 


kante untuk anugerah balon d’or?

Kante secara berseorangan mematahkan serangan demi serangan yang dilancarkan City pada aksi final tersebut. Statistiknya untuk perlawanan itu cukup menakjubkan dengan memenangi kesemua 11 tackle yang dilakukan. Kesemua tackle tersebut dibuat tanpa mencipta satu pun foul. Sebagai defensive midfielder, ia sesuatu yang amat mengagumkan. Ini kerana pemain yang berada di posisi ini kerap dilayangkan kad kuning dan melakukan kekasaran kerana itu tugas yang dipertanggungjawabkan. Tapi bukan Kante, dia melaksanakan tugas ‘kotor’nya dengan cukup bersih!


kante untuk anugerah balon d’or?

Bukan satu kejutan apabila Kante dinamakan sebagai pemain terbaik pada aksi final tersebut. Untuk rekod, Kante juga dinobat sebagai pemain terbaik pada kedua-dua aksi separuh akhir Liga Juara-Juara ketika Chelsea berdepan Real Madrid. 


kante untuk anugerah balon d’or?

Penganalisis BeIN Sports, Nigel de Jong turut memuji persembahan Kante pada aksi final tersebut. Bekas pemain tengah Manchester City dan Belanda itu berpendapat Kante telah merevolusikan posisi tersebut. “Kalau dulu ia dikenali sebagai posisi Claude Makelele, kini ia digelar posisi Kante.” Peminat bola sepak mesti tahu yang posisi defensive midfielder ini mula popular ketika Makelele beraksi dengan Real Madrid dan Chelsea pada awal 2000 sehingga 2008.


kante untuk anugerah balon d’or?

Azpilicueta menambah bahawa Kante merupakan seorang yang merendah diri dan pendiam. Berdasarkan temu bual Kante selepas Chelsea menjulang trofi Liga Juara-Juara, sekalipun Kante tidak menyebut berkenaan sumbangannya terhadap pasukan. Malah dia mengkreditkan kejayaan tersebut sebagai kerjasama berpasukan yang hebat dan penat lelah The Blues sepanjang musim terbayar dengan kejayaan tersebut.


kante untuk anugerah balon d’or?

Banyak cerita rendah diri yang peminat bola sepak tahu berkenaan Kante. Tahukah anda bahawa ketika Perancis menjuarai Piala Dunia 2018, Steven N’Zonzi terpaksa meminta rakan sepasukannya untuk membenarkan Kante memegang trofi tersebut. Sebabnya, Kante berasa malu untuk meminta trofi tersebut daripada rakan sepasukannya yang lain.


Pada 2018, Kante berada di London dan terlepas kereta api untuk ke Paris. Dia ambil keputusan untuk meluangkan masa di masjid sementara menunggu kereta api keesokan harinya. Di masjid tersebut, dia bertemu sekumpulan peminat bola sepak yang mengajaknya ke rumah untuk makan dan bermain video game. Kante mengiyakan ajakan tersebut dan meluangkan masa bersama peminatnya. Pada waktu itu, Kante baru sahaja beberapa bulan menjulang trofi Piala Dunia.


Kante telah memenangi 6 trofi sejak 2016 apabila menjuarai EPL bersama Leicester. Musim berikutnya, Kante menjuarai EPL sekali lagi bersama Chelsea pula. Pada 2018, dia bantu The Blues meraih Piala FA selain memenangi Piala Dunia bersama Perancis. Kante kemudian memenangi Liga Europa pada 2019. 


kante untuk anugerah balon d’or?

Selepas semua kejayaan dan persembahan menakjubkannya di atas padang, tidak keterlaluan kalau Kante disebut-sebut sebagai calon Balon d’Or. Tapi mungkin kerana posisinya yang kurang popular, kurang menjaringkan gol, kurang cipta assist, menyebabkan pemain seperti Kante ni selalu terlepas pandang. 


kante untuk anugerah balon d’or?

Bak kata Vicente del Bosque, “Saksikan permainan anda tidak akan nampak Busquets, tapi saksikan Busquets dan anda akan nampak keseluruhan permainan”. Rasanya ini definisi paling tepat untuk seorang defensive midfielder. Kalau semuanya berjalan lancar orang tak perasan kehadiran mereka. Tapi satu kesilapan yang dilakukan boleh menyebabkan pasukan pincang. Jadi, layak ke tidak untuk Kante dibincangkan sebagai penerima anugerah Balon d’Or?

 

Oleh: Karami Kamel