Kumpulan K-Pop popular, SHINee melakukan kemunculan kembali dengan album terbaru mereka, Don’t Call Me setelah hampir tiga tahun mengeluarkan album lalu mereka.
Terbaru, SHINee muncul dalam siri ODG Studio yang mana mereka mengimbas kembali memori lama mereka bergelar kumpulan K-Pop, di samping kehadiran beberapa orang kanak-kanak di studio rakaman siri tersebut.
Namun, apa yang mengejutkan adalah apabila satu soalan yang tidak terjangka terpacul dari mulut salah seorang kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak tersebut menanyakan Minho tentang di manakah mendiang Jonghyun kerana dia tidak melihat penyanyi tersebut dalam mana-mana video terbaru SHINee.
Jawapan yang dikeluarkan Minho cukup meruntun hati.
Katanya, Jonghyun tidak lagi berada bersama mereka kerana dia tidak sihat, membuatkan kanak-kanak tersebut akur dengan ketiadaannya.
Umum mengetahui kumpulan SHINee pernah mendepani waktu yang sukar kerana pemergian mendiang.
Pada Disember 2017, arena hiburan Korea Selatan gempar dengan pemergian mengejut penyanyi Jonghyun, yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan SHINee.
Jonghyun yang berusia 27 tahun pada ketika itu dilaporkan meninggal dunia akibat kesesakan gas karbon monoksida.
Sumber: YouTube