Kanak-Kanak & Remaja Kini Boleh Daftar Vaksin

Kanak-kanak berusia 12 tahun kini boleh mendaftar bagi suntikan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera.

kanak-kanak & remaja kini boleh daftar vaksin

Menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF), di peringkat permulaan, hanya pelajar yang lahir bermula 2003 dan akan menyambung pelajaran ke luar negara akan diberikan keutamaan.

“Selain itu, kanak-kanak dan remaja yang mempunyai komorbiditi juga menjadi keutamaan untuk mendapatkan vaksin COVID-19,” tambah CITF.

Baru-baru ini, tular di aplikasi WhatsApp mengenai berita pendaftaran pengambilan vaksin terhadap kanak-kanak sudah mula dibuka.

Ia disusuli beberapa langkah bertujuan memudahkan ibu bapa dan penjaga melakukan pendaftaran terbabit terhadap tanggungan mereka.

 

Sumber: [1]