Kanak-Kanak Perlu Divaksin Bagi Elak Long COVID-19

Vaksinasi kepada kanak-kanak dan remaja adalah perlu seperti mana kepada dewasa, menurut pakar.

kanak-kanak perlu divaksin bagi elak covid-19

Ia bagi mengelakkan mereka mendapat kesan berpanjangan yang dikhuatiri COVIID-19.

Menurut pakar kanak-kanak merangkap Pengerusi Immunise4Life, Datuk Dr Zulkifli Ismail, sindrom ‘long COVID’ berpotensi membawa kesan yang lebih mudarat menjadi sindrom keradangan multisistem dalam kanak-kanak (MIS-C).

“MIS-C ini prestasinya sama seperti penyakit Kawasaki, mereka yang baik daripada jangkitan COVID-19 itu boleh demam semula dan diikuti muka, mata, tangan dan kaki menjadi merah juga bengkak.

“Ini juga boleh melibatkan jantung serta organ-organ lain seperti ginjal, hati dan sebagainya,” terangnya.

Menurutnya, berdasarkan laporan di United Kingdom, satu daripada tujuh kanak-kanak yang dijangkiti COVID-19 mendapat sindrom ‘long COVID-19’.

Dalam pada itu, berpandukan pada maklumat yang diperoleh daripada Kementerian Kesihatan, laporan 14 jabatan pediatrik seluruh negara menyatakan bahawa terdapat 170 kes MIS-C melibatkan mereka yang berusia kurang dari 18 tahun.

90 peratus daripadanya dilaporkan berusia kurang dari 12 tahun dan terdapat tujuh kematian direkodkan.

“Jadi kalau ada lagi keraguan berkenaan dengan kenapa kita perlu beri vaksin kepada kanak-kanak, inilah sebabnya kita nak mencegah daripada mereka mendapat ‘long COVID’ dan mendapat MIS-C,” tambahnya.

 

Sumber: [1]