Virus Covid-19 boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengenal usia.
Buktinya, lebih 300,000 kanak-kanak dan remaja berusia 17 tahun ke bawah dijangkiti wabak itu untuk tempoh 8 bulan ini.
Angka ini meningkat mendadak berbanding lebih 12,000 kes yang dilaporkan sepanjang tahun lepas.
Lebih menyedihkan, 47 kanak-kanak dan remaja berusia 17 tahun ke bawah meninggal dunia akibat Covid-19 sejak wabak itu melanda negara tahun lepas.
Buat masa ini, golongan tersebut masih tidak layak menerima vaksin.
Jadi, tanggungjawab untuk melindungi mereka terletak di bahu kita sebagai orang dewasa.
Patuh SOP tidak kira di mana sahaja kita berada supaya tidak menjadi punca jangkitan dalam kalangan ahli keluarga.
Awasi pergerakan anak-anak dan minimakan pergerakan atau aktiviti fizikal secara berkumpulan di kawasan kejiranan kerana virus Covid-19 ada di mana-mana.
Oleh: Izzati Amir