Satu kajian dari Colorado State University, Amerika Syarikat menunjukkan wanita kurang suka dengan lelaki yang membela atau menyukai kucing.
Cara mereka melakukan kajian ini adalah dengan menyediakan empat set gambar membabitkan dua lelaki berbeza. Kmeudian, setiap lelaki ada dua keping gambar di mana satu gambar memegang kucing dan satu lagi tanpa kucing.
Hasilnya, 38 peratus menyatakan bahawa mereka mahu keluar dengan lelaki yang tidak memegang kucing. 37 peratus wanita yang lain pula menyatakan mereka akan mempertimbangkan untuk ada hubungan serius dengan lelaki tersebut.
Bagaimanapun, keputusan berubah apabila responden ditunjukkan dengan gambar lelaki yang sama tapi bersama kucing.
Dapatan kajian menunjukkan hanya 33 peratus wanita yang mahu keluar dengan lelaki tersebut. 14 peratus pula mengatakan mereka tidak mahu ada sebarang hubungan serious dengan lelaki tu.
"Lelaki yang memegang kucing dipandang kurang maskulin dan tidak sesuai dijadikan teman lelaki," rumus kajian itu.
Kajian itu dijalankan secara dalam talian dan seramai 708 wanita telah sertai. Wanita tersebut berumur di antara 18 hingga 24 tahun.
Bagaimanapun, hasil kajian ini mungkin berbeza mengikut stereotaip budaya masyarakat.
Sumber: Astro Awani