Anggota EXO, Kai membuat kemunculan semula solonya pada 30 November lalu dengan album berjudul “Peaches”.
Menerusi sidang media yang diadakan untuk album terbarunya, Kai mengaku bahawa proses pembikinan album tersebut sebenarnya sukar.
“Ia bukan proses pengeluaran yang santai,” katanya.
“Ia mengambil sedikit masa kerana kami memerlukan penilaian berterusan untuk menghasilkan lagu yang bagus dan album yang bagus. Perkara yang sukar ialah konflik antara tidak mempunyai masa yang cukup walaupun ada perkara yang saya mahu lakukan.”
Dalam perkembangan lain, Kai kini membintangi program realiti baru di Netflix iaitu New World bersama Heechul SUPER JUNIOR, Lee Seung Gi, Park Nae Rae, Eun Ji Won dan Jo Bo Ah.
Program tersebut mengikuti golongan selebriti Korea yang mana mereka mencari cara untuk mendapatkan mata wang maya di pulau utopia sebelum penginapan menghampiri penamat.
“Saya juga suka bahawa saya boleh memperkenalkan diri saya sebagai mereka yang belum mengenali saya,” tambahnya.
“Saya mulakan ‘variety show’ secara kebetulan tetapi saya menunjukkan diri saya yang jujur.”
Sumber: [1]