Kadar Kesuburan Menurun, Penduduk Dunia Dijangka Seramai 8.8 bilion Sahaja Menjelang 2100

kadar kesuburan menurun, penduduk dunia dijangka seramai 8.8 bilion sahaja menjelang 2100

Satu kajian baharu menunjukkan perubahan kuasa baru global telah terbentuk akibat penurunan kesuburan dan penduduk dunia yang sudah berusia.

Kajian itu telah meramalkan bahawa penduduk dunia akan berjumlah 8.8 bilion menjelang tahun 2100. Jumlah tersebut kurang dua billion daripada sasaran oleh pihak PBB.

Kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal The Lancet dan mereka menyatakan akhir abad ini 183 daripada 195 buah negara akan mengalami pengurangan penduduk di bawah paras yang diperlukan untuk mengekalkannya.

20 buah negara dijangka akan mengalami pengurangan hampir separuh daripada populasi iaitu Jepun, Sepanyol, Itali, Thailand, Portugal, Korea Selatan dan Poland.

Negara kuasa besar China pula turut mengalami penurunan penduduk daripada 1.4 bilion ketika ini kepada 730 juta penduduk sahaja dalam tempoh yang dijangkakan.

Lain pula di Sub Sahaja Afrika di mana jumlah penduduk akan bertambah tiga kali ganda. Penambahan yang dijangkakan adalah sebanyak tiga billion penduduk.

Sumber: Sinar Harian